Friday, 30 September 2016

BAB 7 Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer


BAB 7 Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer

Secara amnya, perisian-perisian yang terdapat di pasaran boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan fungsi, jenis, tujuan dan sebagainya. Perisian sistem pengoperasian dalam sesebuah komputer merangkumi sistem pengoperasian dan juga kemudahan-kemudahan berkaitan yang membolehkan sesebuah sistem komputer beroperasi dengan lancar. Contoh perisian sistem pengoperasian antaranya ialah Microsoft Windows, DOS, Unix, Solaris dan sebagainya.

7.1 Perisian Utiliti
Perisian utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan. Perisian utiliti telah lama disepadukan dengan kebanyakan sistem pengendalian utama.
Contoh
  • Disk clean-up
Image result for disk clean up
  • Disk defragmenter 
Image result for Disk defragmenter
  • Perisian antivirus
Image result for Perisian antivirus
  •  Penjagaan cakera keras
  • Sistem sokongan (back-up)         
  • Utiliti arkib (archive)
  •  Utiliti pemampatan (compression)
  • Utiliti penyulitan (encryption)

7.2 Perisian Pemprosesan Perkataan

·         Perisian aplikasi merupakan perisian selain daripada perisian pengoperasian dan perisian utiliti seperti menaip, mengira atau membuat grafik.

Fungsi perisian pemprosesan
1. melihat teks yang ditaip pada komputer
2. mengubahsuai apa yang ditaip melalui proses mengedit
3. menghasilkan teks dalam format yang menarik
4. menyimpan teks sebagai fail di dalam cakera
5. mencetak dokumen seberapa banyak yang dikehendaki pengguna

Contoh aplikasi perisian :
·         Microsoft Word
·         Microsoft Excel

·         Microsoft Power Point
Pemproses perkataan merupakan perisian komputer yang digunakan untuk mengarang, meformat, 
menyunting, dan mencetak dokumen. Pemproses perkataan merupakan perisian penggunaan terawal yang digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer peribadi.
Sesuatu pemproses perkataan juga ada dalam bentuk unit komputer bersendirian yang serupa kepada mesin taip, cuma lazimnya termasuk kecanggihan teknologi seperti skrin, pilihan pemformatan dan pencetakan canggih, serta kebolehan menyimpan dokumen dalam kad memori atau disket. Pemproses perkataan kebanyakannya membolehkan penggunanya memilih antara penaipan biasa dan penukaran mod-mod pemprosesan perkataan. Pemproses perkataan sedemikian ini tidak harus dikelirukan dengan mesin taip elektrik.
Pemproses perkataan merupakan keturunan dari alatan pemformatan teks (text formatting) awal (kadang-kadang dipanggil alatan justifikasi teks (text justification) sempena satu-satu kebolehan sebenarnya). Pemprosesan perkataan adalah salah satu daripada aplikasi-aplikasai terawal bagi komputer peribadi dalam produktiviti pejabat.
Walaupun pemproses perkataan awal menggunakan tokokan berasakan tag (tag-based markup) bagi pemformatan dokumen, kebanyakan pemproses perkataan terkini mempunyai kelebihan antara muka unit grafik (graphical user interface atau GUI). Kebanyakannya adalah sistem-sistem berkuasa yang terdiri daripada satu atau lebih program yang boleh menghasilkan mana-mana kombinasi sebarangan imej, grafik dan teks, yang mana teks dikendali dengan kebolehan type-setting.
Microsoft Word merupakan sistem pemprosesan perkataan komputer yang paling laris digunakan; Microsoft menganggarkan bahawa lebih 500 juta orang menggunakan setOffice. Selain itu, terdapat juga perisian penggunaan pemprosesan perkataan komersial yang lain, seperti WordPerfect. Perisian penggunaan sumber terbuka seperti OpenOfficeWriter dan KWord turut makin popular.
Mikrosoft Excel ialah program hamparan elektronik yang membolehkan anda menguruskan data, menyelesaikan pengiraan, membuat keputusan, menyediakan graf, menyelesaikan pengiraan, membuat keputusan, mengyediakan graf dan menyediakan laporan professional. Pogram Excel terdapat TIGA bahagian utama:

Lembaran kerja – Lembaran kerja membolehkan anda memasukkan, mengira, manipulasi dan analisis data seperti nombor dan teks.

Pangkalan Data – Excel dapat menguruskan data contoh jika anda memasukkan data baru dalam lembaran kerja, excel akan sisih, mencari data dengan tepat dan memilih data mengikut criteria.

Graf– Grafik carta yang mempersembahkan data. Excel boleh menghasilkan carta 2D dan 3D seperti graf kolum, carta pie dan lain-lain.

7.4 Perisian Persembahan Elektronik
PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

Powerpoint 2007 merupakan perisian persembahan elektronik yang mempunyai banyak ciri-ciri baru dan serupa versi sebelumnya yang dapat dimanfaatkan. Microsoft Powerpoint menyediakan beberapa kaedah bagi membolehkan seseorang pengguna membina atau menghasilkan satu siri slaid atau persembahan elektronik yang diingini.

Persembahan

Sebuah persembahan adalah pengumpulan data dan maklumat yang perlu disampaikan kepada audien yang spesifik. Sebuah persembahan Powerpoint mengandungi kumpulan gambar elektronik yang terdiri daripada teks, grafik, imej, jadual, audio dan video. Koleksi ini dapat berjalan secara automatik atau boleh dikendalikan oleh penyampai

BAB 6 Kemahiran Memproses Maklumat & Penyediaan Bahan Bertulis

BAB 6 Kemahiran Memproses Maklumat & Penyediaan Bahan Bertulis

Kemahiran ini untuk keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan didengari. Hal ini supaya bahan tersebut boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan kerja kursus. 


Tujuannya supaya bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan. Terdapat pelbagai maklumat yang perlu dianalisis iaitu maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Maklumat kuantitatif berbentuk nombor manakala kualitatif berbentuk teks, lakaran, rajah, foto dan sebagainya.
Maklumat dalam bentuk data bernombor boleh dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti jadual, graf, frekuensi dan peratus. Tujuannya supaya data- data berkenaan dapat diterangkan dengan jelas. Antara beberapa contoh maklumat dalam bentuk data bernombor ialah jadual. Jadual merupakan cara yang paling kemas untuk mempersembahkan maklumat bernombor. Graf diperlukan untuk menganalisis data berbentuk nombor. Tujuannnya adalah supaya data-data yang diperoleh dapat dianalisiskan kepada bentuk yang lebih mudah difahami. Pemilihan jenis graf bergantung kepada keperluan dan persoalan kajian.

Secara ringkasnya, tujuan adalah untuk 
  • Menganalisis maklumat bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
  • Menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui
Definisinya pula boleh dirumuskan sebagai,
  • Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi
  • Kemahiran berfikir asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan
          difahami dengan jelas.
  • Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif, dan gigih
Dua cara untuk membuat tafsiran ke atas bahan atau maklumat iaitu maklumat dalam bentuk tkes, gambar, lakaran, foto, grafik dan sebagainya. Mentafsir teks adalah memberikan penerangan tentang pola ata perhubungan berdasarkan maklumat yang dibaca atau memperihal secara bermakna maklumat yang tersurat dan mencari maksud yang tersirat. Manakala mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan cirri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.  Tafsiran dilakukan mengikut pengalaman, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam diri pentafsir. Tafsiran berbeza mengikut pantafsir kerana mereka mempunyai pengalaman, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berbeza. Selain itu, tafsiran juga berbeza kerana setiap pentafsir mempunyai pandangan, nilai dan prinsip yang berbeza. Tafsiran juga berbeza mengikut keperluan dan kehendak pentafsir.
Kemahiran memproses maklumat - Page 3
Kemahiran memproses maklumat - Page 4
Kemahiran memproses maklumat - Page 5

Kemahiran memproses maklumat - Page 6

Tekan link di bawah untuk maklumat lanjut:
http://documents.tips/documents/kemahiran-memproses-maklumat-5593b649192c5.html

KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS
  1. Menganalisis Idea
  2. Menganalisis Hujah

(A) Menganalisis Idea
  • Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara:
  • Menjelas
  • Membanding dan membeza
  • Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
  • Membuat urutan

(B) Menganalisis Hujah
  1. Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang mengkomunikasikan idea.
  2. Mencari sebab dan kesimpulan
  3. Mengusul periksa andaian
  4. Membuat urutan
  5. Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan criteria yang bermakna.
  6. Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organism, idea, atau institusi.

Jenis-jenis urutan

  • Urutan abjad - cth : Senarai nama
  • Urutan masa - cth : Kesultanan Melaka
  • Analisis operasi - cth : Prosedur membuat kerja kursus berportfolio
  • Rangkaian sebab - cth : Kepupusan Dinosaur
  • Kitar - cth : Kitar Oksigen
  • Pangkatan - cth : Rancangan kerja mengikut keutamaan

Thursday, 29 September 2016

BAB 5 Kemahiran Mengambil Dan Membuat Nota

BAB 5 Kemahiran Mengambil Dan Membuat Nota

Image result for taking notes
Anda mungkin diminta mencatat nota ketika menghadiri sesuatu program dan mengikuti kuliah secara formal. Sebagai seorang pelajar, anda mencatat nota dan bahan yang disampaikan oleh tenaga pengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.

    Mencatat nota adalah satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesanannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar. Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikkan teknik-teknik dan selok-belok untuk menyediakan nota yang bermutu.

Kemahiran mengambil dan membuat nota
•Mengetahui idea utama.
•Mengenalpasti maklumat yg sesuai utk ditulis.
•Menggunakan cara yg sesuai.

Contoh :
• outline note
• column note
•Menggunakan perkataan sendiri.
•Mencatatkan sumber maklumat yg diperoleh.
•Nota bentuk grafik

Cara-cara membuat nota



2) Outline Note

3) Column note
4) Nota Rumusan


Alat-Alat Berfikir dalam Membuat Nota
Image result for taking notes    • Pengurusan Grafik
    • Peta Minda
    • Pemetaan i-Think
    • Teknik Menyoal Aras Tinggi
    • Penyoalan Sokratik
    • Soalan bertumpu dan mencapah
    • Lingkaran soalan
    • Alat-alat CoRT 1
    • Alat-alat CoRT IV (Pemikiran Kreatif)



BAB 4 Teknik Membaca

BAB 4 Teknik Membaca


Membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran perkara tersurat, tersirat, menghubung kaitkan idea, menyoal, dan bertindak balas dengan memberi idea dan mengaplikasi maklumat baru ke dalam situasi baru. Di peringkat pengajian tinggi, bahan bacaan merangkumi buku, jurnal, makalah, nota kuliah, potongan surat khabar, tesis, dan bahan-bahan rencana yang berkaitan. Keberkesanan dalam pembacaan adalah amat penting dan perlu ditekankan oleh oleh para pelajar ketika membaca.

Pembacaan Cepat Speed Reading
  • Kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti.
  • Membaca suatu artikel secara sistematik, dari mula hingga tuntas tanpa berhenti.
  • Purata kelajuan orang yang berpendidikan sekolah tinggi adalah sekitar 300 kata per minit.

TUJUAN
  • Digunakan untuk mencari maklumat daripada sesuatu sumber dengan efektif dan pantas.
  • Mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.
  • Mengenalpasti isi-isi tertentu dengan cepat dan secara keseluruhan.

MANFAAT
  • Mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku.
  • Menjimatkan masa dan tenaga.
  • Dalam waktu yang singkat dapat menelusuri bahan bacaan.
  • Membuat pilihan bahan bacaan yang perlu dibaca seterusnya.
  • Sesuai untuk digunakan semasa ulangkaji.

SKIMMING
  • Teknik bacaan pantas sementara.
  • Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat.
  • Melompat dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam muka surat yang sama.
  • Melompat dari satu muka surat ke muka surat yang lain.
  • Hanya kepantasan dititik beratkan.
  • Membaca Tajuk, Tajuk Kecil, Simbol, Huruf-huruf dihitamkan, dan sebagainya. 
SCANNING
  • Teknik untuk membaca sesuatu maklumat atau fakta khusus dengan pantas.
  • Membaca dengan lebih cepat, mudah dan optimum.
  • Bermula dengan membaca indeks dan isi kandungan, kerana bacaan tersebut akan memudahkan mencapai arah matlamat.
  • Mencari maklumat yang mudah yang tidak melibatkan idea yang rumit.
  • Mencari maklumat yang memerlukan huraian yang panjang sahaja semasa memerlukan.

Pembacaan Perlahan Slow Reading

  • Berfikiran kritis semasa berhadapan dengan maklumat yang anda baca.
  • Berkemampuan untuk melakukan sesuatu penilaian terhadap bahan yang telah dibaca.
  • Berkemampuan untuk mengikut logik dan pengolahan sesuatu bahan.

TUJUAN
-Meneroka tentang sesuatu perkara yang dibaca dengan mendalam.
-Menganalisis istilah-istilah, sintaks dan pengolahan isi kandungan.
-Menilai dan menganalisis penulisan.

MANFAAT
  • Lebih memahamai bahan bacaan.
  • Mudah untuk mengingati isi-isi penting.

SQ3R
-Survey   (Teroka)
-Question   (Tanya)
-Read   (Baca)
-Recite   (Sebut)
-Review   (Ulang)

KWLH

-Know   (Perlu Diketahui)
-Want   (Hendak Diketahui)
-Learn   (Telah Dipelajari)
-How   (Cara untuk Belajar)

Bab 3 : Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat

Bab 3 : Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat

Image result for pencarian sumber maklumat
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini, guru dan pelajar digalakkan menggunakan kaedah berpusatkan pelajar. Untuk menarik minat pelajar, sumber, bahan dan aktiviti telah menjadi fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran sejak ia dilaksanakan dalam tahun 1982. Dengan perubahan ini, kurikulum latihan perguruan di institut perguruan telah diubahsuai untuk melatih bakal guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai kemahiran pedagogi dalam melaksanakan pengajaran yang berpusatkan sumber, bahan, pelajar dan aktiviti.
     Amalan pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar di bilik kuliah banyak dipengaruhi oleh faktor seperti kelengkapan sumber dan bahan pengajaran, saiz kelas dan faktor masa. Kajian menunjukkan bahawa sekolah-sekolah bestari yang diwujudkan dan dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran serta bahan bantu mengajar yang merangkumi pelbagai media telah digunakan dengan jayanya oleh guru di sekolah berkenaan. Sumber yang digunakan didapati telah memberikan kesan kepada pencapaian pembelajaran seseorang pelajar.


     Oleh itu, sebagai pelajar di IPG kita harus menguasai kemahiran memilih dan mengoptimumkan penggunaan sumber untuk mencapai dengan jayanya objektif pembelajaran yang telah dirancang. Kita perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik darjah, khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan sumber pembelajaran dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset' tentang kepentingan dan peranan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pencarian Sumber Maklumat
Maklumat diperoleh daripada pelbagai sumber iaitu :
(a) Sumber manusia
-guru, pakar bidang, pegawai sumber, orang awam, orang yang terlibat, ahli politik. Kebanyakan maklumat diperoleh melalui temu bual yang dilakukan ke atas individu berkenaan.
(b) Media elektronik
-audio visual (radio, televisyen, video); komputer (CD, VCD, Youtube dan facebook melalui pengunaan internet). Kebanyakan maklumat diperoleh daripada perpustakaan dan pusat sumber.
(c) Media bercetak
-bahan bertulis (buku, majalah, jurnal, artikel, laporan, memo, surat, kamus, surat khabar, laporan dan sebagainya).
(d) Media tiga dimensi
-model, boneka, diorama, terrarium, dan akuarium. Kebanyakan maklumat media tiga dimensi diperoleh di dalam muzium. 



Image result for pengajaran

BAB 2 Pengurusan Pembelajaran

BAB 2 Pengurusan Pembelajaran

Image result for books tumblr

Pengenalan

Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah. Pengurusan juga melibatkan kerjasama dengan orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai kesempurnaan. 

Menurut Mary Parker Follet (1995), beliau  mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan. Pembelajaran pula adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan (Bower dan Hilgard,1981). 

Sebenarnya, pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal. Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan. Pembelajaran juga merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam sesuatu situasi. Dalam menguruskan pembelajaran, terdapat beberapa elemen yang perlu difahami dan diteliti untuk membolehkan kita menguruskan pembelajaran dengan berkesan.


Penetapan Matlamat dan Akademik

Image result for time management
Penetapan matlamat diri dan akedamik boleh dilakukan dengan menggunakan panduan SMART untuk membantu individu menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang hayat.

S- Specific
M- measureable
A- Attainable
R- Realistic
T-  Timely


S=   Specifk bermaksud seseorang individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan  menjawab kesemua soalan siapa, apa, di mana, bila, bagaimana, kenapa.
M-   Matlamat yang ditetapkan mesti boleh diukur .
A--  Pencapaian yang realistik iaitu boleh diperoleh oleh diri individu berkenaan 
R--  Matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat
T--   Matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan.

Pengurusan masa
Pengurusan masa mempunyai prinsip latihan, kemahiran, alatam dan sistem yang digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah. Berikut adalah langkah pengurusan masa yang berkesan.

1) Tetapkan Matlamat dan strategi
Pastikan apa matlamat kita dalam jangka sama panjang dan pendek. Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat keputusan perkara penting yang perlu diselesaikan.

2) Fokus matlamat

Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan.

3) Buat Jadual masa

Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan? Set tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.

4) Utamakan matlamat asal

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai?  Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti.

5) Mewujudkan sistem pemfailan

Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita mewujudkan sistem dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita wujudkan adalah sistem pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan komunikasi.

6) Realiti Pengurusan masa kita

Sentiasa renung kembali kepada pencapaian yang kita buat. Sama ada kita melakukan dengan berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan matlamat yang dicapai dengan matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita menentukan matlamat mana yang lebih penting.

7) Kerjasama

Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh mengembangkan kemahiran masing-masing.

8) Pencapaian Lalu

Lihat kembali pencapaian kejayaan kita yang lalu dalam sesuatu kerja. Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita perlu bercuti pada esok hari.

9) Kehidupan harian

Rancang jadual aktiviti harian juga amat penting kerana kehidupan kita ini adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita.

10)Selesaikan tugas hari ini

Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum meninggalkan tempat kerja, kita perlu rancang apa tugas yang perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum balik dari pejabat.
Image result for time management