Thursday, 29 September 2016

BAB 2 Pengurusan Pembelajaran

BAB 2 Pengurusan Pembelajaran

Image result for books tumblr

Pengenalan

Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah. Pengurusan juga melibatkan kerjasama dengan orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai kesempurnaan. 

Menurut Mary Parker Follet (1995), beliau  mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan. Pembelajaran pula adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan (Bower dan Hilgard,1981). 

Sebenarnya, pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal. Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan. Pembelajaran juga merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam sesuatu situasi. Dalam menguruskan pembelajaran, terdapat beberapa elemen yang perlu difahami dan diteliti untuk membolehkan kita menguruskan pembelajaran dengan berkesan.


Penetapan Matlamat dan Akademik

Image result for time management
Penetapan matlamat diri dan akedamik boleh dilakukan dengan menggunakan panduan SMART untuk membantu individu menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang hayat.

S- Specific
M- measureable
A- Attainable
R- Realistic
T-  Timely


S=   Specifk bermaksud seseorang individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik dengan  menjawab kesemua soalan siapa, apa, di mana, bila, bagaimana, kenapa.
M-   Matlamat yang ditetapkan mesti boleh diukur .
A--  Pencapaian yang realistik iaitu boleh diperoleh oleh diri individu berkenaan 
R--  Matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat
T--   Matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan.

Pengurusan masa
Pengurusan masa mempunyai prinsip latihan, kemahiran, alatam dan sistem yang digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah. Berikut adalah langkah pengurusan masa yang berkesan.

1) Tetapkan Matlamat dan strategi
Pastikan apa matlamat kita dalam jangka sama panjang dan pendek. Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat keputusan perkara penting yang perlu diselesaikan.

2) Fokus matlamat

Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan.

3) Buat Jadual masa

Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan? Set tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.

4) Utamakan matlamat asal

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai?  Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti.

5) Mewujudkan sistem pemfailan

Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita mewujudkan sistem dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita wujudkan adalah sistem pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan komunikasi.

6) Realiti Pengurusan masa kita

Sentiasa renung kembali kepada pencapaian yang kita buat. Sama ada kita melakukan dengan berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan matlamat yang dicapai dengan matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita menentukan matlamat mana yang lebih penting.

7) Kerjasama

Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh mengembangkan kemahiran masing-masing.

8) Pencapaian Lalu

Lihat kembali pencapaian kejayaan kita yang lalu dalam sesuatu kerja. Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita perlu bercuti pada esok hari.

9) Kehidupan harian

Rancang jadual aktiviti harian juga amat penting kerana kehidupan kita ini adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita.

10)Selesaikan tugas hari ini

Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum meninggalkan tempat kerja, kita perlu rancang apa tugas yang perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum balik dari pejabat.
Image result for time management

No comments:

Post a Comment