Friday, 30 September 2016

BAB 10 PENYESUAIAN SOSIAL

Penyesuaian ialah proses adaptasi. Penyesuaian diri ini berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupannya.

Sosial adalah hubungan dan interaksi dalam sesuatu masyarakat. Sosial juga adalah keupayaan individu berinteraksi sesama mereka di sesebuah komuniti seperti di Institut Pendidikan Guru.


Penyesuaian adalah satu proses individu meneyesuaikan diri dengan persekitarannya dengan menangani tekanan yang dicetuskan oleh tuntutan-tuntutan yang terdapat dalam persekitaran tersebut. Dalam konteks ini, penyesuaian sosial meliputi tuntutan daripada aspek penglibatan dalam aktiviti sosial, hubungan dengan orang lain di kampus, hubungan dengan ahli keluarga setelah berjauhan dengan mereka, dan kepuasan terhadap persekitaran sosial di kampus yang merangkumi kepuasan terhadap asrama dan aktiviti kokurikulum yang ditawarkan. Kesemua tuntutan tersebut akan dapat ditangani sekiranya pelajar dapat menggunakan sepenuhnya kecekapan dalam kemahiran interpersonal dan intrapersonal.
10.1 Kemahiran Interpersonal
Image result for interpersonal image


Image result for interpersonal imageKecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan.Biasanya, seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin dan pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi nasihat.
10.2 Kemahiran Intrapersonal
Kemahiran Intrapersonal pula merupakan kemahiran dan komunkasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri. Keputusan ynag dibuat ke atas diri sendiri adalah berasakan kemahiran intrapersonal yang terdapat dalam diri sendiri. 

Image result for intrapersonal image
Kepentingan meningkatkan kemahiran intrapersonal adalah
  1. Meningkatkan keyakinandiri
  2. Mengetahui kelemahan dan kelebihandiri
  3. Mempunyai daya tahanan yang tinggi
  4. Meningkatkan pencapainan akademik
10.3 Pelajar Sebagai ahli komuniti pembelajaran

Komuniti menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat keseluruhannya. Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain. Secara rumusannya, komuniti bolehlah diertikan sebagai individu yang tinggal disesuatu tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda hidup dan benda bukan hidup yang lain. 

10.4 Isu-Isu Perkongsian MaklumatImage result for blog image

 Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pada hari ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet samaada untuk diguna pakai dalam P&P atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT. 

Contohnya, penggunaan blog membantu penulis untuk berkongsi maklumat. Perbincangan pun boleh dijalankan degan penulis blog berkaitan isu ynag dipersembahkan dalam penulisannya. Platform facebook pula boleh digunakan membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian sosial Facebook. Facebook dapat menghubungkan dan meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar ataupun antara satu sama lain.
Image result for facebook imageImage result for blog image

10.5 Isu Gender Dalam Kecemerlangan Akademik
Image result for gender

 Gender adalah perbezaan sifat ,perana, fungsi dan status antara lelaki dan perempuan dalam perjanjian sosial dan juga aspek biologikal.Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan an situasi di mana mereka berada.

Di Malaysia, Dasar Wanita Negara adalah untuk membela nasib kaum wanita dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti. Pendidkan juga diperkenalkan bagi golongan wanita yang sering ditindas dari membaca. Wanita sering kali direndahkan kerana ramai masyarakat beranggapan bahawa lelaki lebih mempunyai potensi dan hanya mereka sahaja yang boleh berbakti serta melakukan sesuatu untuk negara sahaja.

No comments:

Post a Comment