Membaca adalah proses berfikir yang
melibatkan pemikiran perkara tersurat, tersirat, menghubung kaitkan idea,
menyoal, dan bertindak balas dengan memberi idea dan mengaplikasi maklumat baru
ke dalam situasi baru. Di peringkat pengajian tinggi, bahan bacaan merangkumi
buku, jurnal, makalah, nota kuliah, potongan surat khabar, tesis, dan
bahan-bahan rencana yang berkaitan. Keberkesanan dalam pembacaan adalah amat
penting dan perlu ditekankan oleh oleh para pelajar ketika membaca.
Pembacaan Cepat Speed Reading
Kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap
perkataan dengan teliti.
Membaca suatu artikel secara sistematik, dari
mula hingga tuntas tanpa berhenti.
Purata kelajuan orang yang berpendidikan sekolah
tinggi adalah sekitar 300 kata per minit.
TUJUAN
Digunakan untuk mencari maklumat daripada
sesuatu sumber dengan efektif dan pantas.
Mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.
Mengenalpasti isi-isi tertentu dengan cepat dan
secara keseluruhan.
MANFAAT
Mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku.
Menjimatkan masa dan tenaga.
Dalam waktu yang singkat dapat menelusuri bahan
bacaan.
Membuat pilihan bahan bacaan yang perlu dibaca
seterusnya.
Sesuai untuk digunakan semasa ulangkaji.
SKIMMING
Teknik bacaan pantas sementara.
Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang
cepat.
Melompat dari satu bahagian ke bahagian yang
lain dalam muka surat yang sama.
Melompat dari satu muka surat ke muka surat yang
lain.
Hanya kepantasan dititik beratkan.
Membaca Tajuk, Tajuk Kecil, Simbol, Huruf-huruf
dihitamkan, dan sebagainya.
SCANNING
Teknik untuk membaca sesuatu maklumat atau fakta
khusus dengan pantas.
Membaca dengan lebih cepat, mudah dan optimum.
Bermula dengan membaca indeks dan isi kandungan,
kerana bacaan tersebut akan memudahkan mencapai arah matlamat.
Mencari maklumat yang mudah yang tidak
melibatkan idea yang rumit.
Mencari maklumat yang memerlukan huraian yang
panjang sahaja semasa memerlukan.
Pembacaan Perlahan Slow Reading
Berfikiran kritis semasa berhadapan dengan
maklumat yang anda baca.
Berkemampuan untuk melakukan sesuatu penilaian
terhadap bahan yang telah dibaca.
Berkemampuan untuk mengikut logik dan pengolahan
sesuatu bahan.
TUJUAN
-Meneroka tentang sesuatu perkara yang dibaca dengan
mendalam.
-Menganalisis istilah-istilah, sintaks dan pengolahan isi
kandungan.
-Menilai dan menganalisis penulisan.
MANFAAT
SQ3R
-Survey (Teroka)
-Question (Tanya)
-Read (Baca)
-Recite (Sebut)
-Review (Ulang)
KWLH
-Know (Perlu
Diketahui)
-Want (Hendak
Diketahui)
-Learn (Telah
Dipelajari)
-How (Cara untuk
Belajar)
|
No comments:
Post a Comment