BAB 7 Aplikasi Penggunaan Perisian Komputer
Secara amnya, perisian-perisian yang terdapat di pasaran boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan fungsi, jenis, tujuan dan sebagainya. Perisian sistem pengoperasian dalam sesebuah komputer merangkumi sistem pengoperasian dan juga kemudahan-kemudahan berkaitan yang membolehkan sesebuah sistem komputer beroperasi dengan lancar. Contoh perisian sistem pengoperasian antaranya ialah Microsoft Windows, DOS, Unix, Solaris dan sebagainya.
7.1 Perisian Utiliti
Perisian utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau
bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer,
sistem pengendalian dan perisian penggunaan. Perisian utiliti telah lama
disepadukan dengan kebanyakan sistem pengendalian utama.
Contoh
- Disk clean-up
- Disk defragmenter
- Penjagaan cakera keras
- Sistem sokongan (back-up)
- Utiliti arkib (archive)
- Utiliti pemampatan (compression)
- Utiliti penyulitan (encryption)
7.2 Perisian Pemprosesan Perkataan
· Perisian aplikasi merupakan perisian selain daripada perisian pengoperasian dan perisian utiliti seperti menaip, mengira atau membuat grafik.
Fungsi perisian pemprosesan
1. melihat teks yang ditaip pada komputer
2. mengubahsuai apa yang ditaip melalui proses mengedit
3. menghasilkan teks dalam format yang menarik
4. menyimpan teks sebagai fail di dalam cakera
5. mencetak dokumen seberapa banyak yang dikehendaki pengguna
Contoh aplikasi perisian :
· Microsoft Word
· Microsoft Excel
· Microsoft Power Point
menyunting, dan mencetak dokumen.
Pemproses perkataan merupakan perisian penggunaan terawal yang digunakan
untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer peribadi.
Sesuatu pemproses perkataan juga ada dalam bentuk unit komputer bersendirian yang serupa kepada mesin taip,
cuma lazimnya termasuk kecanggihan teknologi seperti skrin, pilihan
pemformatan dan pencetakan canggih, serta kebolehan menyimpan dokumen
dalam kad memori atau disket.
Pemproses perkataan kebanyakannya membolehkan penggunanya memilih
antara penaipan biasa dan penukaran mod-mod pemprosesan perkataan.
Pemproses perkataan sedemikian ini tidak harus dikelirukan dengan mesin taip elektrik.
Pemproses perkataan merupakan keturunan dari alatan pemformatan teks (text formatting) awal (kadang-kadang dipanggil alatan justifikasi teks (text justification) sempena satu-satu kebolehan sebenarnya). Pemprosesan perkataan adalah salah satu daripada aplikasi-aplikasai terawal bagi komputer peribadi dalam produktiviti pejabat.
Walaupun pemproses perkataan awal menggunakan tokokan berasakan tag (tag-based markup) bagi pemformatan dokumen, kebanyakan pemproses perkataan terkini mempunyai kelebihan antara muka unit grafik (graphical user interface atau
GUI). Kebanyakannya adalah sistem-sistem berkuasa yang terdiri daripada
satu atau lebih program yang boleh menghasilkan mana-mana kombinasi
sebarangan imej, grafik dan teks, yang mana teks dikendali dengan kebolehan type-setting.
Microsoft Word merupakan sistem pemprosesan perkataan komputer yang paling laris digunakan; Microsoft menganggarkan bahawa lebih 500 juta orang menggunakan setOffice. Selain itu, terdapat juga perisian penggunaan pemprosesan perkataan komersial yang lain, seperti WordPerfect. Perisian penggunaan sumber terbuka seperti OpenOfficeWriter dan KWord turut makin popular.
Mikrosoft
Excel ialah program hamparan elektronik yang membolehkan anda
menguruskan data, menyelesaikan pengiraan, membuat keputusan,
menyediakan graf, menyelesaikan pengiraan, membuat keputusan,
mengyediakan graf dan menyediakan laporan professional. Pogram Excel
terdapat TIGA bahagian utama:
Lembaran kerja – Lembaran kerja membolehkan anda memasukkan, mengira, manipulasi dan analisis data seperti nombor dan teks.
Pangkalan
Data – Excel dapat menguruskan data contoh jika anda memasukkan data
baru dalam lembaran kerja, excel akan sisih, mencari data dengan tepat
dan memilih data mengikut criteria.
Graf–
Grafik carta yang mempersembahkan data. Excel boleh menghasilkan carta
2D dan 3D seperti graf kolum, carta pie dan lain-lain.
7.4 Perisian Persembahan Elektronik
PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK
Powerpoint 2007 merupakan perisian persembahan elektronik
yang mempunyai banyak ciri-ciri baru dan serupa versi sebelumnya yang dapat
dimanfaatkan. Microsoft Powerpoint menyediakan beberapa kaedah bagi membolehkan
seseorang pengguna membina atau menghasilkan satu siri slaid atau persembahan
elektronik yang diingini.
Persembahan
Sebuah persembahan adalah pengumpulan data dan maklumat yang
perlu disampaikan kepada audien yang spesifik. Sebuah persembahan Powerpoint
mengandungi kumpulan gambar elektronik yang terdiri daripada teks, grafik,
imej, jadual, audio dan video. Koleksi ini dapat berjalan secara automatik atau
boleh dikendalikan oleh penyampai
No comments:
Post a Comment