Friday, 30 September 2016

BAB 8 SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LEARNING MANAGEMENT SYSTEM)

Image result for sistem pengurusan pembelajaran
Pengenalan

Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai 'Learning Management System'(LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian mengurus pembelajaran pelajar dalam sesuatu universiti, institut, kolej melalui penggunaan internet. Sistem ini melibatkan beberapa faktor iaitu pelajar-pensyarah, subjek-subjek, penyampaian ilmu pengetahuan ,mengulangkaji, dan peperiksaan.

8.1 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran
Mengikut American Society for Training & Development (ASTD, 2002), perisian SPP perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran

b. Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber 

Manusia

c. Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran



Sehubungan itu, ciri-ciri utama dalam SPP ialah seperti berikut:

• Maklumat mata pelajaran

• Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat

• Kemudahan komunikasi

• Kemudahan penilaian
8.2 KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Sistem ini digunakan untuk:
  • mengurus, mengesan, melapor dan menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan internet
  • untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membuat penilaian
  • mendapat data bagi memantapkan dan memantau pembelajaran pelajar
  • digunakan untuk pendaftaran pelajar iaitu pendaftaran subjek dalam sesuatu program dan penguguran subjek.
  • membantu pensyarah menyampaikan ilmu pengetahuan melalui internet.
8.3 Kepentingan Sistem Pengurusan Pembelajaran
  • dapat membantu meningkatkan pembelajaran pelajar melalui on-line.
  • meningkatkan pengambilan bilangan pelajar dalam sesuatu esei pembelajaran
  • menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajarnya
  • membantu pihak pengurusan memantau pembelajaran pelajar jarak jauh
  • menyampaikan arahan serta maklumat pembelajaran






No comments:

Post a Comment