Thursday, 29 September 2016

BAB 1 PENGENALAN KEMAHIRAN BAHASA

PENGENALAN TENTANG KEMAHIRAN BAHASA

Menurut Kamus Dewan (2015), kemahiran merupakan dan ditakrifkan sebagai kecekapan atau kepandaian. Belajar pula diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran. Belajar juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi dan mengaplikasikannya kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran. Kemahiran belajar melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran mentafsir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran pemudahcara.

Image result for KEMAHIRAN BELAJAR

 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR 
 Kepentingan kemahiran belajar ini dapat memberi banyak manfaat. Antara contohnya telah termasuklah:



1. Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber media.
2. Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
3. Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.
 1.2 Persekitaran Pembelajaran Di Institut Pendidikan Guru (IPG)



1.Robert M Gagne menyatakan bahawa pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri individu.

2.Anita E. Woolfolk pula menyatakan pembelajaran sebagai proses di mana pengalaman yang pernah dialami menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku seseorang.

3.Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa.

4.Terdapat lapan kerja kursus untuk semester 1 yang perlu disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam jangka masa 4-6 minggu untuk kusus major dan bukan major di IPG.

5.Bimbingan pensyarah semasa peaksanaan kerja kursus membantu pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran seperti berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan berkolaborasi.

6.Pelajar IPG lebih berdikari sewaktu menyiapkan kerja kursus yang diberikan kerana pelajar lebih sedar bahawa markah kerja kursus berkenaan akan mempengaruhi keputusan akhir bagi subjek berkenaan.

7.Di IPG, pelajar perlu mempunyai kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, tesis, prosiding, artikel dan laporan.

8.Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan memerlukan kemahiran mencari maklumat kerana terdapat banyak dan Pelbagai bahan serta maklumat di dalam pusat sumber dan perpustakaan.

9.Pelajar perlu menganalisis maklumat yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam penulisan.

10.Maklumat yang banyak memerlukan pelajar mempunyai kemahiran membaca yang cepat supaya dapat memilih maklumat tepat yang diperlukan.
11.Pelajar juga harus memulakan penulisan mengikut kefahaman pembacaan yang telah dilakukan.
12.pelajar juga mesti mempunyai kemahiran menulis secara akademik supaya mampu menghasilakan bentuk penulisan yang menarik dan senang difahami.
13.Pelajar IPG lebih banyak menggunakan kemudahan pusat sumber, perpustakaan dan internet bagi mendapatkan bahan pembelajaran amnakala di sekolah, pelajar lebih banyak bergantung kepada buku teks.
14.Pelajar IPG perlu memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah tanpa bantuan buku teks.
15.Kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di IPG.
16.Pelajar IPG perlu meningkatkan dan mengembangkan potensi serta kebolehan diri sendiri melalui penglibatan dala pelbagai aktiviti dan melakukan penerokaan ilmu serta kemahiran.

Pembelajaran Regulasi Kendiri (SELF REGULATED LEARNING)


Pembelajaran regulasi kendiri bermaksud pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran (Pintrich, 1995).

Pembelajaran regulasi kendiri mampu meningkatkan pencapaian dalam akademik dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.


TEKAN link bawah bagi mendapatkan nota rujukan:

http://www.slideshare.net/NoorAmal/bab-1-53007473 

No comments:

Post a Comment