MAKSUD PENTAKSIRAN
Proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.
Proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.
TUJUAN PENTAKSIRAN
· Mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang pelajar dalam pembelajaran
· Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid
· Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
· Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar
JENIS- JENIS PENTAKSIRAN
— Pentaksiran
Autentik
— Pentaksiran Hasil
Pembelajaran
— Pentasiran
Performed Based PENTAKSIRAN
AUTENTIK Pentaksiran autentik bererti mengevaluasi pengetahuan atau
keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan
nyata sedekat mungkin.
Ciri- ciri pentaksiran autentik Menilai pemahaman melalui
penampilan tugasan yang dilaksanakan.
b) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
c) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
d) Subjek membina maksud yang tersirat.
e) Berpusatkan kanak-kanak.
CONTOH- CONTOH
PENTAKSIRAN AUTENTIK
-Persembahan tarian
-Mempersembahkan
karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
-Mendemostrasikan
hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art
show (
pertunjukan Seni)
- Menunjukkan
keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio KEBAIKAN KEPADA
PELAJAR dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik
mereka. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia
mereka dan masyarakat luas. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan
kompetensi mereka. Menangani teknologi dan berfikir sistematik. KEBAIKAN KEPADA
GURU Menjadi indikator yang komprehensif mengenai kemampuanpelajar dan seberapa
efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan
9.2 Persediaan untuk Pentaksiran
- Peperiksaan- akhir setiap semester
- Tugasan Kerja kursus dalam semester iaitu antara 2 hingga 6 minggu mengikut jenis kursus
- Pratikum
- Bina Insan Guru
- Aktiviti Kokurikulum
- Intership
Tugasan individu dan berkumpulan
dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan
berkumpulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus subjek. Penilaian
dilakukan dalam 3 aspek
- Penulisan esei
- persembahan
- penulisan refleksi.
INTEGRITI PELAJAR
Intergriti pelajar amat penting ketika melaksanakan tugasan kerja kursus. Idea yang dipersembahkan perlulah tulen dan merupakan karya tersendiri yang asli.
terima kasih
ReplyDelete