Sosial adalah hubungan dan interaksi dalam sesuatu masyarakat. Sosial juga adalah keupayaan individu berinteraksi sesama mereka di sesebuah komuniti seperti di Institut Pendidikan Guru.
Penyesuaian adalah satu proses individu
meneyesuaikan diri dengan persekitarannya dengan menangani tekanan yang
dicetuskan oleh tuntutan-tuntutan yang terdapat dalam persekitaran tersebut.
Dalam konteks ini, penyesuaian sosial meliputi tuntutan daripada aspek
penglibatan dalam aktiviti sosial, hubungan dengan orang lain di kampus,
hubungan dengan ahli keluarga setelah berjauhan dengan mereka, dan kepuasan
terhadap persekitaran sosial di kampus yang merangkumi kepuasan terhadap asrama
dan aktiviti kokurikulum yang ditawarkan. Kesemua tuntutan tersebut akan dapat
ditangani sekiranya pelajar dapat menggunakan sepenuhnya kecekapan dalam
kemahiran interpersonal dan intrapersonal.
10.1 Kemahiran Interpersonal
Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan
emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan,
motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga
adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal
seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Menurut Howard
Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang
lain. Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam
program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan
kerjasama berkumpulan.Biasanya,
seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi
pemimpin dan pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai kecerdasan
yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi
nasihat.
10.2 Kemahiran Intrapersonal
Kemahiran Intrapersonal pula merupakan kemahiran dan komunkasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri. Keputusan ynag dibuat ke atas diri sendiri adalah berasakan kemahiran intrapersonal yang terdapat dalam diri sendiri.
Kepentingan meningkatkan kemahiran intrapersonal adalah
- Meningkatkan keyakinandiri
- Mengetahui kelemahan dan kelebihandiri
- Mempunyai daya tahanan yang tinggi
- Meningkatkan pencapainan akademik
10.3
Pelajar Sebagai ahli komuniti pembelajaran
Komuniti menurut Kamus
Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu
tempat, daerah, negara dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat
keseluruhannya. Komuniti turut menerangkan tentang tempat yang didiami oleh
sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di sesuatu tempat
serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain. Secara
rumusannya, komuniti bolehlah diertikan sebagai individu yang tinggal disesuatu
tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk benda hidup dan
benda bukan hidup yang lain.
10.4 Isu-Isu Perkongsian Maklumat
Penggunaan ICT dalam P&P boleh dijalankan oleh semua guru dan jugadalam semua mata pelajaran sekiranya kita mengetahui cara-cara pengendalian peralatan ICT dengan betul. Pada hari ini, kita dapati banyak bahan P&P yang boleh diperolehi daripada internet samaada untuk diguna pakai dalam P&P atau untuk dijadikan rujukan bagi menambahkan maklumat kita sendiri. Semua bahan-bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Kita juga boleh berkongsi maklumat-maklumat bersama pengguna-pengguna yang lain melalui muat naik bahan-bahan ke laman web yang tertentu. Pengetahuan yang luas dalam bidang ICT ini bukan sahaja dapat menambahkan maklumat, malah kita juga dapat berkongsi maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang tertentu yang terdapat dalam ICT.
Contohnya, penggunaan blog membantu penulis untuk berkongsi maklumat. Perbincangan pun boleh dijalankan degan penulis blog berkaitan isu ynag dipersembahkan dalam penulisannya. Platform facebook pula boleh digunakan membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian sosial Facebook. Facebook dapat menghubungkan dan meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar ataupun antara satu sama lain.
10.5 Isu Gender Dalam Kecemerlangan Akademik
Gender adalah perbezaan sifat ,perana, fungsi dan status antara lelaki dan perempuan dalam perjanjian sosial dan juga aspek biologikal.Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan an situasi di mana mereka berada.
Di Malaysia, Dasar Wanita Negara adalah untuk membela nasib kaum wanita dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti. Pendidkan juga diperkenalkan bagi golongan wanita yang sering ditindas dari membaca. Wanita sering kali direndahkan kerana ramai masyarakat beranggapan bahawa lelaki lebih mempunyai potensi dan hanya mereka sahaja yang boleh berbakti serta melakukan sesuatu untuk negara sahaja.